Your Links

Sabtu, 24 Mac 2012

Penyata Akaun negara sahkan pinjaman Mahathir dari IMF

PETALING JAYA 20 Dis: KEADILAN sekali lagi tampil dengan bukti menyanggah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menafikan membuat pinjaman dari Bank Dunia pada 1999.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli,  meskipun Mahathir ‘meragui’ dokumen rasmi Bank Dunia berhubung pinjaman itu, namun beliau tidak boleh menafikan dokumen rasmi kewangan negara yang dikeluarkan kerajaan Malaysia dan diluluskan di parlimen.

Dokumen itu ialah penyata Akaun Memorandum hutang Awam Luar Negeri pada 31 Disember 2008, yang terkandung dalam Anggaran perbelanjaan persekutuan 2010 dan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober 2009.

“Penyata tersebut mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengambil pinjaman dari Bank Dunia dalam tahun 1999 dengan rujukan “4452 MA Projek Sokongan Sektor Sosial” dari Bank Dunia,”.
“Kadar faedahnya adalah 7.47% bagi tahun 2008 dan sehingga 31 Disember 2008, Kerajaan Malaysia masih berhutang sebanyak RM701,040.14 daripada keseluruhan pinjaman berjumlah USD60 juta yang diambil dalam tahun 1999,” kata Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Rafizi yang menulis surat kepada Bank Dunia bagi mengesahkan pinjaman itu, turut membidas kenyataan Tun Mahathir yang mempersoal kenapa isu itu baru dibangkitkan sekarang.

“Saya nasihat mudah saja. Sekarang kita hanya boleh search internet. Ia tak sama macam tahun 1999. Kini semua dokumen rasmi ada di internet, cuma nak tahu macam mana nak cari sahaja,” kata beliau.
Tegas Rafizi, KEADILAN menuntut Mahathir memohon maaf secara terbuka kerana kenyataan beliau yang jelas merupakan satu pembohongan.

“Sewajarnya Tun Mahathir Mohamad perlu menerima hakikat bahawa beliau telah tersilap dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana berbohong mengenai bantuan Bank Dunia kepada Malaysia dalam tahun 1999,” tegasnya
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24576

Selepas nafi, Mahathir akhirnya mengaku pinjam IMF

KUALA LUMPUR 21 Dis: Selepas berbohong dan membuat penafian, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengaku meminjam wang daripada Bank Dunia ketika pentadbiran beliau.
Anehnya, Mahathir mendakwa beliau tidak pernah menulis secara rasmi kepada badan itu untuk mendapatkan dana ketika krisis kewangan 1999, bagi menjawab dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baru-baru ini, Mahathir menafikan beliau  pernah meminta bantuan kewangan daripada Bank Dunia, sama ada semasa krisis kewangan tahun 1997 atau selepas itu.
Mengulas pendedahan Pengarah Strategi KEADILAN,  Mohd Rafizi Ramli yang mengemukakan tiga dokumen yang didakwa sebagai bukti  beliau pernah membuat pinjaman itu, Dr Mahathir berkata beliau perlu membuat pengesahan dengan Bank Dunia untuk melihat sama ada dokumen itu asli atau tidak.
Namun, ketika menulis diblognya semalam, Mahathir mengaku pinjaman sebanyak USD300 juta ditandatangani dengan Bank Dunia pada Jun 1998, untuk makanan, pendidikan tinggi dan program mikrokredit.
Selepas Anwar dipecat, kerajaan membuat tiga pinjaman daripada Bank Dunia.
Menurut Mahathir, sebanyak USD100 juta ditandatangani untuk bantuan teknikal pada Mac 1999, namun hanya USD11.94 juta dikeluarkan.

Pinjaman sektor sosial sebanyak USD60 juta dihentikan selepas pengeluaran sebanyak USD600,000 manakala satu lagi pinjaman pendidikan dihentikan selepas sejumlah USD217 juta dikeluarkan.
Tiga injaman itu diluluskan pada Mac selepas Anwar dipecat daripada jawatan menteri kewangan, dan kedudukannya diambil alih oleh Mahathir.
KEADILAN baru-baru ini mengemukakan tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia sejak 1997.
Ketiga-tiga dokumen pinjaman US$60 juta  itu membuktikan rundingan  berlaku selepas Anwar dipenjara dan dipecat dari kabinet.
Pentadbiran Umno sejak zaman Mahathir  menuduh Anwar dengan pelbagai tohmahan, termasuk akur kepada polisi ditetapkan Bank Dunia dan IMF semasa krisis kewangan melanda lebih sedekad lalu.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24623